BULAN KEMERDEKAAN (PART 1)
Aktiviti yang Boleh Dijalankan Sepanjang Bulan
Kemerdekaan
Pendahuluan
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba
mencabar akal dan minda kita telah membuatkan masyarakat hari ini lupa dengan
sejarah perjuangan nenek dan moyang kita dalam mengecapi kemerdekaan untuk
negara.
- Oleh itu, bulan kemerdekaan sering kali dianjurkan bagi merai dan
menghargai jasa dan pengorbanan rakyat terdahulu yang telah memberikan kita
nikmat kehidupan yang aman dan sejahtera pada masa kini.
- Kebebasan daripada
cengkaman penjajah adalah suatu yang tidak boleh dibayangkan oleh masyarakat
hari ini terutamanya daripada golongan kanak-kanak.
- Maka, aktiviti-aktiviti
menarik yang mampu membuka mata murid-murid di sekolah tentang kepentingan
mencapai kemerdekaan bagi sesebuah negara wajar untuk dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang Boleh Dilakukan
1.Pertandingan Dekorasi Kelas
- Antara aktiviti yang lazim dijalankan di setiap sekolah
adalah pertandingan mendekorasi bilik darjah atau kelas mengikut tema
kemerdekaan.
- Pertandingan ini dapat melahirkan sifat bersaing secara sihat
antara murid-murid serta mengetengahkan kreativiti mereka.
- Peribahasa Melayu
ada berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
- Dengan
bimbingan daripada guru-guru, pelajar pasti dapat menghasilkan
dekorasi-dekorasi yang menarik seperti sudut tokoh-tokoh negara dan hiasan yang
menggunakan Jalur Gemilang.
- Secara tidak langsung, murid-murid akan didedahkan
dengan elemen patriotik apabila mereka menggunakan Jalur Gemilang.
- Guru-guru
juga digalakkan untuk menunjukkan panduan apabila kita ingin mengibarkan
bendera kebangsaan kita kerana ia merupakan simbolik yang tinggi dan perlu dihormati oleh segenap rakyat Malaysia.
2.Koir lagu patriotik
- Selain itu, pihak sekolah dengan bimbingan daripada para
guru juga boleh menganjurkan pertandingan koir yang bertemakan lagu patriotik.
- Mutakhir ini, lagu patriotik semakin dilupakan kerana kurang mendapat masa
penyiaran di media arus perdana.
- Kesannya, ramai di antara ahli masyarakat khususnya
golongan muda tidak tahu akan kewujudan lagu-lagu yang khas dicipta bagi
meraikan kemerdekaan dan kejayaan negara.
- Justeru, aktiviti ini dapat
menyemarakkan semula keindahan lagu-lagu patriotik yang kaya dengan bait-bait
lirik yang cukup bermakna serta mampu menjadi pengajaran kepada semua.
- Pesembahan koir juga dapat menyerlahkan bakat murid-murid yang berpotensi dalam
nyanyian dan memupuk semangat kerjasama bagi menghasilkan persembahan koir yang
baik.
- Jelasnya, aktiviti yang memeberikan pelbagai manfaat secara langsung dan
tidak langsung wajar dianjurkan sempena bulan kemerdekaan.
3.Lawatan ke muzium dan bangunan bersejarah
- Aktiviti lain yang dapat menarik minat murid-murid sepanjang
bulan kemerdekaan adalah dengan melakukan lawatan ke muzium dan
bangunan-bangunan bersejarah.
- Hal ini demikian kerana mereka dapat keluar
daripada bilik darjah dan berkunjung ke tempat yang belum pernah dilawati.
- Di
muzium, para pelajar akan dibawa menelusuri sejarah-sejarah negara pada masa
dahulu serta berpeluang melihat dan menyentuh artifak atau model senjata,
pakaian dan barang-barang keperluan lain yang digunakan oleh masyarakat
terdahulu.
- Manakala lawatan ke bangunan bersejarah seperti Tugu Negara dapat
memberikan suasana yang berbeza kepada mereka dan mempelajari sejarah disebalik
bangunan tersebut dibina.
- Senario ini dapat memberikan pengalaman berbeza
kepada para pelajar yang selama ini belajar secara teori di dalam buku teks dan
seterusnya dapat melihat secara langsung artifak-artifak yang mempunyai nilai
sejarah kepada negara.
- Ia merupakan alternatif yang sesuai bagi mendidik
kanak-kanak khususnya berkaitan dengan sejarah dan kemerdekaan tanah air.
4.Menghasilkan video patriotik
- Di samping itu, aktiviti yang menarik untuk dijalankan
sepanjang bula kemerdekaan adalah dengan mengajurkan pertandingan mencipta
video-video patriotik.
- Kaedah ini sejajar dengan budaya masa kini yang
mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di mana video adalah
kandungan yang mudah dan diminati oleh semua.
- Maka, kita perlu mengambil
kesempatan kemajuan teknologi hari ini untuk mencabar kreativiti murid-murid
dalam menghasilkan video yang mempunyai elemen cinta akan negara. Sebagai
inspirasi, terdapat banyak filem-filem patriotik yang telah diterbitkan seperti
Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan.
- Industri animasi kita yang semakin mendapat
pengiktirafan dan diminati ahli masyarakat juga wajar dijadikan contoh kerana
mereka meletakkan elemen-elemen patriotik dalam kandungan yang diterbitkan.
- Hasilnya, kreativiti pelajar dapat diasah disamping mempelajari, menghargai
dan merai jasa dan pengorbanan masyarakat serta tokoh-tokoh untuk mengecapi
kemerdekaan hari ini.
Penutup
- Konklusinya, pelbagai aktiviti menarik yang boleh direncana
sepanjang bulan kemerdekaan bagi memupuk semanagt patriotik dalam kalangan
murid-murid.
- Bagi mengukuhkan
persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat, aktiviti-aktiviti
yang berpaksikan semangat patriotisme ini hendaklah dititikberatkan sejak di
bangku sekolah lagi.
- Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
- Justeru, ibu dan bapa boleh membantu para guru untuk menjalankan
aktiviti yang menjadi pemangkin perpaduan antara masyarakat kita supaya masa
hadapan negara terjamin dengan semangat patriotik yang kuat dan utuh dalam
setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.
- Semoga benih yang ditanam hari
ini tumbuh mekar dan membuahkan hasil yang bermanfaat dan mampu dinikmati oleh
segenap penduduk tanah air ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan