BURUH KANAK-KANAK
BURUH KANAK-KANAK
PUNCA BURUH KANAK-KANAK DAN IMPLIKASINYA KEPADA NEGARA
PUNCA-PUNCA
Kemiskinan
- Keluarga yang miskin memerlukan usaha daripada setiap ahli
keluarga untuk mencari rezeki bagi menampung koskehidupan yang semakin hari
semakin meningkat.
- Kanak-kanak berhenti sekolah dan dipaksa bekerja.
- Keadaan
daif ini terlalu mendesak berbanding dengan keperluan mendapat pendidikan.
Manfaat buruh kanak kanak
- Majikan memang memilih untuk mengupah kanak-kanak terutama
sekali dalam kerja yang tidak begitu berat dan tidak memerlukan tenaga seperti
orang dewasa.
- Kos murah dan mereka juga tidak terikat dengan undang-undang buruh
seperti tidak perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Permintaan tinggi
- Permintaan untuk mendapatkan buruh kanak-kanak bertambah
menyebabkan pertambahan bilangannya
Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
- Majikan berani melanggar undang-undang.
- Budaya rasuah yang
berlaku dalam kalangan pegawai penguat kuasa.
- Kanak-kanak menjadi mangsa sistem perundangan yang
sepatutnya melindungi mereka.
IMPLIKASI
Kesan psikologi terhadap kanak-kanak
- Mereka mula membuat
perbandingan dan pemerhatian situasi di sekeliling mereka.
- Zaman kanak-kanak sepatutnya menjadi zaman untuk mereka
mempelajari selok-belok kehidupan.
- Perasaan tertekan akibat kegagalan menikmati
zaman kanak-kanak dan beban kerja akan membawa kesan psikologi.
Kegagalan dalam sistem pendidikan
- Harus bekerja selepas waktu persekolahan.
- Mengganggu proses pembelajaran mereka.
- Berhenti terus dan mereka menjadi golongan buta huruf.
- Masa hadapan golongan muda ini tergadai
Pembangunan terbantut
- Ramai kanak-kanak tidak dapat pendidikan yang sepatutnya.
- Hasilnya tidak ramai tenaga profesional dan akademik dilahirkan dalam dekad-dekad mendatang.
- Ia akan menyebabkan pembangunan negara terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan