Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering
dipertikaikan dalam masyarakat kita.Fenomena ini didapati meningkat secara
berterusan sejak kebelakangan tahun ini. memang tidak dinafikan bahawa sebagai
seorang ibu perlu memainkan peranan bapa pada masa yang sama sesuatu yang agak
susah.Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan masalah
mereka menjadi semakin meruncing.
Fenomena ibu tunggal ini telah memberi kesan kepada wanita
yang terbabit dan anak-anaknya secara tidak langsung. Oleh itu,bantuan terhadap
golongan tersebut adalah wajar. Ibu tunggal meliputi mereka yang mendapat anak
tanpa pernikahan yang sah dan memilih untuk memelihara anak tersebut, isteri
yang telah suaminya meninggal dunia , isteri yang telah ditinggalkan/
diceraikan serta tidak diberi nafkah untuk menyara kehidupan. Sebagai seorang
ibu tunggal, mereka bertanggungjawab membesarkan anak-anak tanpa pertolongan
suami. Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal sering menghadapi
masalah dalam proses mendidik anak-anaknya, terutamanya ibu tunggal yang kurang
berpendidikan dan berpendapatan kecil. Masalah yang dihadapi oleh mereka
meliputi masalah ekonomi, sosial, psikologi dan hubungan dengan mahkamah.
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu
tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah
sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang pekerjaan di luar. Keadaan
menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan. Sekiranya mereka mendapat
kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua. Makanya, untuk
menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau
berniaga sendiri. Namun, ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber
kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka dan menyebabkan golongan ini
hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.
Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang
mengatakan dirinya terpaksa melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti
pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.
Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di
tempat tinggal yang kurang memuaskan. Ini memdedahkan mereka kepada ancaman
sosial seperti rogol, peras ugut dan sindiran orang lain. Ibu tunggal harus
diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang
disediakan oleh kerajaan dan pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan
ataupun swasta. Bantuan sosial juga berlaku dalam pelbagai bentuk. Satu
daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan
ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang
selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran
kerja tangan, memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk
mereka memulakan perniagaan.
Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal.
Hal ini disebabkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka. Golongan ini
sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka
yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu tunggal yang tiba-tibanya
kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan
jiwanya. Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa
bergantung kepada diri sendiri. Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh
masyarakat telah memburukkan keadaan. Disebabkan kegagalan memberikan sebuah
keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa
bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga membawakan pelbagai
kesan negatif.
Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang
menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah. Mereka mengakui sering
dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah
untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Pihak Mahkamah pula mengatakan
wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak
tahu hak mereka. Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas
suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak
yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan