06 Januari, 2010

SISTEM BUMI (S1)

Soalan 1

a. Nyatakan dua jenis sistem yang anda tahu berserta contohnya sekali.
b. Terangkan maksud salah satu daripada sistem tersebut.
c. Jelaskan contoh bagaimana salah satu daripada sistem tersebut berfungsi.
d. Huraikan tiga kepentingan sistem kepada alam sekitar.

Jawapan

(a) Dua jenis sistem dan contohnya ialah:
• Sistem berstruktur, contohnya kitar air.
• Sistem bermorfologi, contohnya morfologi bentuk muka bumi hakisan sungai.

(b) Maksud salah satu sistem tersebut ialah:
• Sistem berstruktur merupakan satu sistem yang mempunyai susunan dan pola tertentu. Semasa sistem ini beroperasi ia melibatkan beberapa proses dan menghasilkan kesan terhadap persekitaranya.

(c) Contoh salah satu sistem berstruktur berfungsi ialah kitar air, iaitu :
• Bermula dari matahari yang membekalkan tenaga haba.
• Kemudian di sistem hidrologi berlaku proses sejatan akibat dari tenaga haba matahari.
• Seterusnya di sistem atmosfera berlaku proses pemeluwapan dan hujan turun.
• Di sistem biologi berlaku proses sejatan dan sejat peluhan .
• Di sistem litosfera berlaku proses resapan dan terbentuk air bawah tanah dan proses larian permukaan yang membentuk banda air.

(d) Tiga kepentingan sistem kepada manusia ialah:
• Mengekalkan keseimbangan alam sekitar untuk kelangsungan hidupan di bumi.
• Mempengaruhi cuaca dan iklim, menghasilkan jumlah hujan dan suhu yang berbeza antara lokasi yang berbeza.
• Mempengaruhi aktiviti manusia, contoh bentuk muka bumi yang berbeza menghasilkan aktiviti manusia yang berbeza antara lokasi yang berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan