Soalan 3
(a) Apakah yang anda faham tentang peredaran bumi? (5m)
(b) Jelaskan empat kesan kejadian peredaran bumi. (10m)
(c) Bincangkan aktiviti manusia yang dapat dikaitkan dengan kejadian peredaran
bumi. (10m)
Jawapan
(a) Maksud peredaran bumi ialah :
-Bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur dengan kecondongan
66 ½ ° dalam masa 365 ¼ hari dengan kelajuan 107 280 km sejam mengikut lawan jam. (5m)
(b) Kesan peredaran bumi ialah :
-Berlaku kejadian empat musim.
-Berlaku fenomena solstis musim sejuk dan musim panas di mana matahari tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Jadi dan Garisan Sartan.
-Berlaku fenomena ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh di mana matahari tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Khatulistiwa.
-Kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang di seluruh dunia kecuali di kawasan Khatulistiwa.
-Kutub Utara mengalami 24 jam malam pada musim sejuk dan 24 jam siang pada musim panas. Keadaan sebaliknya berlaku di Hemisfera Selatan.
(10m)
(c) Peredaran bumi yang mempengaruhi aktiviti manusia:
Kegiatan pertanian - kawasan beriklim sejuk hanya dapat menjalankan kegiatan pertanian pada musim-musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Kawasan Khatulistiwa dapat menjalankan kegiatan pertanian sepanjang tahun.
Kegiatan pelancongan - kegiatan pelancongan agak menggalakkan di kawasan beriklim sejuk pada musim bunga dan sejuk.
Petempatan - pada musim sejuk penduduk di kawasan kutub, terutamanya Kutub Utara, iaitu orang Eskimo tinggal dalam iglu yang diperbuat daripada ais kerana persekitarannya dipenuhi oleh salji. Pada musim panas, mereka tinggal dalam tupik yang diperbuat daripada kayu yang boleh didapati di kawasan sekitarnya pada musim itu.
Kegiatan perindustrian desa - Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa yang menerima bahangan matahari selama lebih 8 jam sehari membolehkan aktiviti perindustrian desa seperti menjemur ikan, keropok dan kain batik dijalankan.
Pembalakan - kawasan beriklim sejuk menjalankan kegiatan pembalakan pada musim sejuk kerana getah pokok yang beku memudahkan pokok ditebang dan diseret di permukaan bumi yang diliputi ais. Di kawasan Khatulistiwa, kegiatan pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. (10m)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan