13 Oktober, 2021

PENCEMARAN AIR

 

Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya
pencemaran air



Pengenalan


Kira-kira 71 peratus bumi dilitupi oleh air dan daripada jumlah itu hanya 3 peratus air yang

boleh digunakan untuk minuman atau air tawar. Masalah air tawar yang dicemari oleh

pelbagai bahan buangan atau sisa kian banyak berlaku. Air sungai menjadi kehitam-hitaman 

dan coklat disebabkan oleh kandungan sisa yang dicurah ke dalamnya.


Punca Pencemaran Air


1. Aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan


Penggondolan hutan telah menyebabkan kerosakan kawasan tadahan air dan mengurangkan 

fungsi hutan sebagai penyerap air. Air hujan akan turun secara terus ke permukaan bumi 

dan membawa bersama-sama tanah yang terhakis ke punca air seperti sungai dan tasik. 

Air sungai menjadi kotor dan berlumpur. Pembinaan rumah untuk penempatan sering kali 

mengabaikan faktor keseimbangan ekosistem.


2. Pembuangan sisa toksik dan sampah ke dalam punca air


Kilang-kilang industri dan rumah sering mengalirkan sisa ke dalam sungai dan parit menyebabkan 

air sungai menjadi kotor. Air menjadi busuk dan tidak sesuai untuk digunakan. Pembuangan 

merkuri, plumbum, dan sianida akan mendatangkan kematian dan kerencatan kepada manusia.


3. Aktiviti pertanian


Penggunaan racun dalam pertanian amat banyak menyumbang kepada pencemaran air. 

Penyemburan racun serangga dan rumput serta kulat menyebabkan pertumbuhan alga dan 

tumbuhan kecil di dalam sumber air. Punca air akan tercemar dengan pelbagai bahan racun 

dan berkeladak.


4. Aktiviti perlombongan


Kegiatan lombong dedah dan pam kelikir untuk melombong bijih timah mengakibatkan 

sisa perlombongan mengalir ke dalam punca air. Air menjadi berkeladak dan keruh.


5. Aktiviti penangkapan ikan yang salah


Terdapat nelayan yang menjalankan aktiviti mengebom ikan bagi memudahkan penangkapan 

ikan dalam jumlah yang banyak. Ikan-ikan akan mati dan banyak hidupan marin yang akan 

musnah, manakala air menjadi keruh dan tercemar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan