Soalan
(a) Terangkan empat ciri bumi berbentuk sfera.
(b) Jelaskan empat bukti yang menunjukkan bahawa bumi berbentuk sfera.
(c) Huraikan kesan bumi berbentuk sfera terhadap alam sekitar.
Jawapan
a. Empat ciri bumi berbentuk sfera ialah :
· Rata di kedua-dua kutub.
· Jejari yang berbeza antara kutub dengan Khatulistiwa.
· Tarikan graviti yang kuat di kutub kerana lebih dekat dengan pusat bumi berbanding Khatulistiwa.
· Saiz garisan lintang yang berbeza di lokasi yang berbeza.
b. Empat bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera ialah:
· Pelayaran beberapa orang tokoh mengelilingi bumi.
· Kaki langit yang kelihatan melengkung.
· Gambar melalui satelit.
· Kejadian gerhana bulan, kelihatan permukaan bumi berbentuk garis lengkung di permukaan bulan.
c. Kesan bumi berbentuk sfera kepada alam sekitar ialah:
· Kejadian siang dan malam yang berbeza antara kawasan.
· Zon waktu yang berbeza antara kawasan akibat kedudukan garis bujur yang berbeza.
· Penerimaan cahaya matahari yang berbeza antara kawasan.
· Kejadian musim yang berbeza antara kawasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan