20 Kerja Dari Rumah & 10 Platform Kerja Boleh Percaya Di Malaysia
(Dipetik dari Propertyguru.com.my)
Keadaan ekonomi yang tak menentu ni membuatkan ramai
terjejas pendapatan. Tambahan pula kena duduk dekat rumah sebab PKP, nak ke
hulu ke hilir cari kerja pun susah, kan?
Kes menganggur di Malaysia pula meningkat tanpa diduga sejak
negara kita dilanda krisis COVID-19. Ramai yang hilang pekerjaan sebab majikan tak mampu bayar gaji, terpaksa berhenti selepas kedai ditutup, nak jaga anak positif Covid-19, dan pelbagai faktor lagi.
Yang lebih menyayat hati, hari-hari kita dapat perkongsian
cerita rakyat kena potong gaji, tak cukup duit, jadi kemurungan, sampai kes bunuh diri pun makin menjadi-jadi!
Walaupun perit, tapi hidup kena diteruskan dan nak tak nak
kena rebut peluang bekerja sendiri. Tanpa sedar, ada pelbagai jenis kerja
yang boleh dibuat dari rumah untuk cari duit belanja.
Tambah-tambah lagi kita hidup di zaman serba digital di
mana ekonomi gig sedang berkembang, jadi inilah masanya untuk asah kemahiran
dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.
Jadi, kali ni kami akan kongsikan senarai kerja yang anda
boleh buat dari rumah, platform mana yang sering digunakan dan tip supaya tak
tertipu bila buat kerja online.
20 Kerja Sambilan
Di Rumah
Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak cekau duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?
Jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di alam maya (tapi, jangan salah tempat pula), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.
Antara 20 kerja tersebut adalah:
1. Penulis Bebas (Freelance
Writer)
Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang
untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis,
jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.
2. Pemasaran
Afiliasi (Affiliate Marketing)
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah
kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen
afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% - 60% tau. Menarik, kan?
3. Pembantu
Maya Peribadi (Personal Virtual Assistant)
Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.
4. Pereka Grafik
(Graphic Designer)
Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik
yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun
boleh.
5. Pereka Animasi
(Animator)
Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah
kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance
animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.
6. Tutor
Online
Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim
pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan
khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk
anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.
7. Perniagaan
Makanan
Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan
anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak
memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?
8. Dropship
Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang
lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang
penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena
bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.
9. Perkhidmatan Pelanggan
Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan juga talian internet yang kuat? Anda boleh cuba untuk memohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. Kerja ni pun dah boleh diuruskan dari rumah kalau anda dah tahu selok belok syarikat.
10. Pekerja
Kemasukan Data (Data Entry)
Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang
menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon,
jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.
11. Copywriter
Kerja ni sesuai untuk mereka yang
pandai menjual melalui penulisan. Kiranya apa yang anda tulis
tentang sesuatu produk / servis akan menarik perhatian prospek.
12. Pengurus
Media Sosial
Sekarang ni semua perniagaan nak
dapatkan tarikan di media sosial. Kalau anda hebat mengurus konten media
sosial, inilah kerja sambilan yang boleh anda cuba. Dapat syarikat besar
atau femes, boleh tahan bayarannya, tau!
13. Pengulas Produk
(Product Review)
Siapa yang berpengaruh dan ramai
pengikut (follower) di media sosial boleh ambil peluang untuk jadi
pengluas produk berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh
dapat.
14. Pengaturcara
Komputer (Programmer)
Kadang-kadang satu bahasa programming
seperti Ruby pun dah cukup untuk anda mendapatkan
kerja sebagai programmer dalam talian. Sebagai pakar, anda boleh
mendapat bayaran tinggi dan caj ikut jam.
15. Penterjemah
(Translator)
Kalau anda fasih dalam dua bahasa atau lebih, kemungkinannya anda boleh dapatkan kerja untuk terjemah dalam bahasa tersebut. Di Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dah mencari penterjemah untuk laman web, artikel, dokumen dan pelbagai lagi.
16. Pembangun Web
(Web Developer)
Boleh kata semua syarikat, baik yang
baru atau lama, akan perlukan laman web. Jika anda mempunyai
kepakaran untuk membangunkan laman web dari awal, pasti mudah untuk bersaing
dengan yang lain.
17. Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu
meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube
untuk anda. Jangan main-main, orang memasak
atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.
18. Pembangun
Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)
Kemahiran ni adalah salah satu industri
yang tengah panas membangun sekarang. Anda boleh cari kerja
di syarikat secara online ataupun buat aplikasi sendiri yang menarik
seperti aplikasi permainan atau pembelajaran.
19. Editor Video
Kerja editor video memang senang buat
dekat rumah sebab perlukan software Kalau ada semua
kelengkapan dan anda boleh hasilkan video yang menarik, sangat senang untuk
dapatkan kerja.
20. Pengulas Buku
Kerja ni memerlukan kemahiran bahasa
dan analisis yang baik. Sebabnya, ia masih baru di Malaysia dan
kebanyakan peluang wujud di luar negara. Kalau anda memang pencinta buku dan
mahu cari duit lebih dengan buat review, apa kata tengok senarai
syarikat yang memang sentiasa mencari pengulas buku sambilan ni.
Nampak tak betapa banyaknya peluang untuk yang nak bekerja
dari rumah. Kalau anda boleh keluar rumah dan ada kenderaan yang bersesuaian,
lagi bertambah lah kerja part time yang boleh dibuat.
Platform untuk cari kerja-kerja dalam
senarai di atas pun dah tersedia online. Anda hanya perlu rajin
meneroka dan tahu selok beloknya.
10 Platform Boleh Dipercayai Untuk Kerja Dari Rumah
Bagi yang nak mencari kerja part time
di rumah atau freelance, boleh mulakan dengan bertanya
kenalan terdekat dulu ataupun buat carian online. Mana tahu memang ada
yang sedang mencari seseorang dengan kemahiran anda, ada rezeki terus dapat
kerja.
Tapi,
kalau tak dapat cari dengan cara tu, anda tak perlu risau sebab ada pelbagai
platform yang boleh digunakan.
Kebanyakan platform untuk kerja sambilan ni anda boleh mendaftar secara percuma, tapi akan ada yuran perkhidmatan / komisyen yang ditolak daripada jumlah pendapatan anda. Kiranya platform ni boleh dianggap sebagai ejen yang memberikan anda kerja.
Bagi pendaftaran pula, anda hanya perlu
ke laman web mereka dan masukkan semua maklumat yang diperlukan.
Pastikan anda guna platform yang sesuai
dengan kerja freelance anda dan bandingkan dulu kelebihan
dan kekurangan mereka sebelum membuat keputusan. Jom tengok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan